top of page
  • Writer's pictureWheekNation Malaysia

Basic: Preparation for Guinea Pig Enclosure (BM)

Updated: Nov 26, 2023

Permulaan sebelum membawa balik 2 ekor guinea pig adalah bermula dengan langkah pertama sekali, iaitu menyediakan barang keperluan untuk membuat kandang guinea pig supaya mereka dapat tinggal di dalam kandang yang selesa.


PENTING: Artikel ini hanyalah secara ringkasan. Maklumat lebih lanjut akan dibuat pada artikel akan datang. Harap dapat menunggu!

(kredit gambar kepada @wheektea di Instagram)

Apa yang diperlukan:

  • Grid C&C - buat kandang

  • Papan beralun (corrugated board) - lapisan kalis air

  • Alas (bedding) - aspen shaving atau buat sendiri fleece liner

  • Alas microfiber - sebagai pad kencing dan kawasan dapur

  • Kotak/Rak/Longgokan rumput (hay)

  • Botol air

  • Tempat persembunyian (hideout) - kayu/kadbod/buat sendiri guna bangku dan fleece

  • Mainan kunyah (chew toys) - brand oxbow/buat sendiri guna kadbod


Grid C&C

Cadangan berikut digunakan sebagai garis panduan saiz kandang yang lebih baik.

Membuat kandang lebih besar daripada garis panduan saiz adalah sangat dinasihatkan.


PENTING: Grid di Malaysia dijual pada saiz standard 35cm.


Kami cadangkan:

  • 1 guinea pig = 70x105cm (jumlah grid: 10)

  • 2 guinea pigs = 70x140cm or 105x105cm (jumlah grid: 12)

  • 3 guinea pigs = 70x175cm or 105x140cm (jumlah grid: 14)

  • 4 guinea pigs = 70x210cm or 105x175cm or 140x140cm (jumlah grid: 16)

PENTING: Jumlah grid adalah untuk satu lapisan grid sahaja. Untuk membuat kandang bertingkat perlu kira sekali dengan tapak dan tambahan grid untuk kuatkan kandang tersebut.


Garis panduan daripada The Humane Society of the United States:

  • Satu guinea pig: 7.5 kaki persegi, atau kira-kira 30"x 36" (76x91cm), adalah minimum yang disyorkan, tetapi lebih besar adalah lebih baik. (Perlu diingat bahawa guinea pig sangat sosial, jadi yang terbaik adalah mempunyai sekurang-kurangnya dua guinea pig yang bergaul antara satu sama lain.)

  • Dua ekor guinea pig: 7.5 kaki persegi (minimum), tetapi sekurang-kurangnya 10.5 kaki persegi (30” x 50” atau 76x127cm) lebih diutamakan.

  • Tiga ekor guinea pig: 10.5 kaki persegi (minimum), tetapi sekurang-kurangnya 13 kaki persegi (30” x 62” atau 76x157cm) lebih diutamakan.

  • Empat ekor guinea pig: 13 kaki persegi (minimum), tetapi sekurang-kurangnya 30” x 76” (76x193cm) lebih diutamakan.


Papan Beralun (Corrugated Board)


Alas (Bedding)

Aspen shaving mestilah 3” lapisan tebal dan dibersihkan serta-merta apabila ia kotor.

  • Mahal dalam jangka masa panjang.

  • Deep clean setiap 3 hari.

  • Spot clean sekali sehari.

Fleece liner boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Sama ada dijahit atau diletakkan berlapis-lapis.

  • Lebih murah dan jimat.

  • Deep clean sekali seminggu.

  • Spot clean sekali sehari.

  • Mesin basuh.

Microfiber Mat (Nama lain: Noodle Mat)

Rujuk gambar di bawah untuk pad kencing buat sendiri:

Kotak/Rak/Longgokan Rumput (Hay)

Kotak - Dilapisi dengan pad kencing pakai buang atau aspen shaving dan dijadikan tempat letak rumput. Kawasan paling banyak mengumpul kencing dan najis kerana guinea pig makan dan membuang pada masa yang sama.


Rak - Kurangkan keadaan bersepah, tetapi rumput mungkin sukar dicapai oleh guinea pig jika menggunakan rak yang tidak betul. (Contoh: Rak mempunyai lubang kecil pada grid)


Longgok - Antara variasi untuk mengurangkan kebosanan guinea pig. Guinea pig boleh makan, bermain, dan berlari melintasi timbunan rumput. Boleh jadi bersepah jika tidak disapu setiap hari semasa spot clean.


Botol Air & Tempat Persembunyian

Jumlah botol dan tempat persembunyian mesti sama dengan jumlah guinea pig.

(Contoh: 2 guinea pig = 2 botol air, 2 tempat persembunyian)

Elakkan tempat persembunyian plastik dan elakkan 1 bukaan untuk masuk dan keluar.

Sebaik-baiknya tempat persembunyian dengan 2 atau lebih bukaan untuk memastikan guinea pig tidak berebut tempat persembunyian dan dapat melarikan diri antara satu sama lain.

Rujuk video di bawah untuk tempat persembunyian buatan tangan:

Mainan Kunyah (Chew Toys)


Mesti selamat, organik dan boleh dimakan. Bahan rumput biasa atau rumput hay adalah pilihan paling selamat. Mainan kadbod juga merupakan pilihan yang baik, tetapi pastikan guinea pig anda tidak menelannya.

Rujuk gambar di bawah untuk mainan kadbod buatan tangan:



Sumber


Comments


bottom of page