top of page
  • Writer's pictureRidzlyn

Care: Caring for Senior Guinea Pig with Diagnosed Arthritis (BM)

Updated: Nov 26, 2023

Arthritis atau Osteoarthritis adalah antara penyakit yang biasa dilihat pada guinea pig lebih tua dan boleh dikaitkan dengan hypovitaminosis C (kekurangan vitamin C). Arthritis juga adalah antara punca melibatkan kencing melecur, sakit yang lain atau kelesuan umum. Umur guinea pig yang dikira tua adalah 4 tahun keatas, tetapi penyakit arthritis boleh muncul seawal umur 3 tahun. Guinea pig adalah haiwan yang pandai menyembunyikan simptom sakitnya sampai ketahap teruk yang membuatkan diagnosis lebih mencabar kepada veterinar. Antara rawatan untuk arthritis melibatkan analgesia (ubat tahan sakit) secara jangka panjang atau seumur hidup.


Sebelum hendak memberi apa-apa rawatan, pastikan untuk berjumpa dengan veterinar yang sahih tentang penjagaan guinea pig. Veterinar saya akan mengesyorkan dan telah pergi selama 4 tahun adalah Dr Dolittle Veterinary Clinic. Pastikan untuk mendapat diagnosis dan jenis ubat untuk memulakan apa-apa rawatan. Kami tidak menggalakkan untuk mendengar dan mengikut kata-kata dari mana-mana group yang tiada lesen veterinar dan pengalaman dalam penjagaan dan perubatan guinea pig.



Bagaimana nak jaga guinea pig didiagnosis dengan arthritis?

Untuk pengalaman kita, sangat mudah sahaja dan perlu konsisten dan terlebih rajin disebabkan rawatan ini adalah kekal sehingga hujung hayat guinea pig.


1. Ubat yang diberi adalah ubat mengandungi bahan digunakan untuk membantu membina semula rawan (cartilage) yang rosak dan mencegah degenerasi seperti glucosamine dan chondroitin sulphate, tambah juga bahan penting iaitu hyaluronic acid untuk melindungi sendi daripada penggunaan berlebihan dan kejutan. Kita diberikan ubat Natural Pet ULTIMATE Joint Care 4-in-1 dalam kuantiti 30ml boleh bertahan sebulan iaitu 1ml sehari melalui picagari (syringe) dan kita membeli batch baharu setiap bulan. Gambar dibawah merujukan kepada 2 hari selepas mengetahui simptom dia mempunyai masalah berjalan; tidak dapat berlari dan terjatuh disisinya, oleh itu susah untuk bangun dengan sendiri, tidak makan dan minum dengan sempurna juga.


Diberikan ubat cecair pada waktu sama setiap hari melalui picagari.

2. Seterusnya, kita mengeluarkan segala permainan yang berbentuk bola dan bekas yang tinggi untuk mengurangkan guinea pig daripada memerlukan untuk melompat untuk akses mana-mana kawasan seperti sebelum ini dia mempunyai hay litter box (dalam bekas) dan ditukar kepada hay pile (diletak atas lantai sahaja).


Daripada menggunakan hay litter box,

kepada menggunakan hay pile.

3. Tambahan pula, kita meletakkan lapik sangkar lebih tebal untuk memberi lebih keselesaan pada tapak kaki guinea pig. Cara ini adalah dengan meletakkan lapik bathmat atau tuala tebal beberapa lapisan supaya lantai rasa gebu dan lembut dijalan oleh guinea pig. Gambar dibawah adalah contoh dan cara kita melapiskan bedding sangkar kepada kedua-dua guinea pig. Fleece adalah kain atas sekali untuk tarik segala cecair supaya kawasan guinea pig berjalan sentiasa kering dan diserap oleh kain tuala bersama dengan bathmat (bathmat mempunyai lapisan waterproof dibawah).


Sebagai penjaga kepada guinea pig yang mempunyai penyakit dan berusia tua, penjagaan perlulah konsisten dan mempunyai usaha untuk memberikan keselesaan kepada guinea pig kerana mereka adalah tanggungjawab kita sendiri yang memilih untuk menjaga mereka sehingga hujung hayatnya. Cabaran dalam penjagaan guinea pig semua penjaga akan lalui, oleh itu pastikan untuk dapat memberikan komitmen yang 100% kepada kehidupan mereka.


Mereka mungkin hanya sebahagian kecil dalam hidup kita,

tetapi bagi mereka, kita adalah seluruh hidup mereka.




Rujukan:

The geriatric guinea pig. (n.d.). The Veterinary Nurse. Retrieved October 27, 2023, from https://www.theveterinarynurse.com/other/article/the-geriatric-guinea-pig#:~:text=Arthritis%20is%20commonly%20seen%20in

‌https://www.unusualpetvets.com.au/wp-content/uploads/2019/11/Arthritis.pdf

13 views0 comments

Comments


bottom of page