top of page
  • Writer's pictureWheekNation Malaysia

Basic: Guinea Pig Daily Diet (BM)

Updated: Nov 26, 2023

Guinea pig mempunyai diet yang mudah difahami dan boleh dicari di pasar basah dan kedai haiwan. Kita perlu memastikan mereka makan makanan secara mencukupi untuk mendapat nutrisi diperlukan dan kesihatannya secara dalaman dan luaran juga.


Guinea pig mendapat diet yang bagus dan sihat ada peluang yang lebih tinggi untuk jangka hayat yang panjang dan kehidupan yang lebih bahagia.


Asas wajib tahu

  • Guinea pig merupakan haiwan herbivor, bermakna mereka hanya makan tumbuhan

  • Sistem badan guinea pig tidak boleh membuat vitamin C dengan sendiri. Oleh kerana itu, penting untuk kita memberi diet yang tinggi vitamin C untuk guinea pig


Apakah diet yang wajib dan harus dimakan guinea pig?


Makanan;-

  1. Rumput kering (Hay)

  2. Sayuran

  3. Pelet - berkualiti tinggi

  4. Buah-buahan

Minuman;-

  1. Air bersih


Dibawah adalah struktur diet asas untuk 1 guinea pig. Gandakan jumlah makanan mengikut kadar guinea pig yang anda ada. Contohnya, sekiranya anda ada 4 guinea pigs, maka anda perlu sediakan rumput kering segar sentiasa, 4 cawan sayuran, 1/2 cawan pelet setiap hari.




Hay Rumput kering- Sentiasa ada di dalam sangkar (Unlimited)


Rumput kering atau nama Inggeris iaitu hay, wajib ada tanpa had setiap hari.


3 guinea pigs eating hays inside their cage
Hay rumput kering perlu sentiasa ada dalam sangkar guinea pig sepanjang masa. Credit: IG @home_sweet_guinea_pigs

Rumput yang penting dimakan oleh guinea pig adalah Timothy Hay. Ia mempunyai fiber tinggi dan kalsium rendah, penting untuk pergerakan sistem penghadaman dan saluran gastrousus (GI tract). Oleh itu, sangat sesuai untuk semua umur dari lahir hingga tua.



Timothy Hay (Paling direkomen)-

  • Sesuai untuk untuk semua umur dari lahir hingga tua.

  • Kurang kalsium dari Alfalfa Hay

  • Lebih berdebu dari Orchard Grass Hay

Alfalfa Hay-

  • Sesuai untuk guinea pig tua atau bayi yang memerlukan lebih kalsium, dicampurkan dengan timothy hay

Orchard Grass Hay-

  • Sesuai untuk tuan guinea pig yang mahukan hay yang lebih kurang debu



Terdapat banyak hay di pasaran Malaysia. Anda perlu bijak memilih hay yang segar.




Sebab-sebab hay boleh menjadi buruk ialah kerana terlalu lama diperam dalam plastik, tiada pengudaraan dan kena cahaya matahari langsung.





Sayuran dan Buahan


Kedua-dua adalah penting untuk kesihatan guinea pig dan sebagai tuan, anda bebas untuk menyusun diet hariannya. Terdapat banyak jenis sayuran dan buahan boleh dimakan oleh guinea pig, tetapi harus diberi secara sederhana dan mengikuti nutrisi yang perlu ada untuk setiap guinea pig yang berbeza keperluannya.


Anda perlu tahu;-

  • - Nutrisi kalsium dan fosforus

Dalam setiap sayuran, ada elemen bernama calcium dan fosforus. kalsium dan fosforus mempunyai tindak balas antara satu sama lain. Sekiranya kalsium terlampau tinggi dari fosforus, lebihan kalsium boleh masuk dalam saluran darah dan menyebabkan sakit jantung. Manakala sekiranya fosforus terlampau tinggi dari kalsium, fosforus menyedut kalsium dari tulang dan guinea pig berisiko mempunyai masalah tulang lemah. Sebab itu kita perlu memberi guinea pig sayuran dan buahan yang mempunyai kadar nisbah kalsium dan fosforus yang sihat.

  • - Vitamin C

Seperti dinyatakan dalam Asas wajib tahu diatas, sistem dalaman guinea pig tidak boleh menjana vitamin C untuk keperluan badannya sendiri. Jadi, kita sebagai tuan perlu memberi vitamin C melalui sayuran dan buahan yang tinggi vitamin C kepada mereka.


Rujuk catatan ini untuk melihat senarai sayuran dan buahan yang boleh dimakan guinea pig


Kenapa kita tidak boleh memberi buahan setiap hari?

Buahan mempunyai nutrisi gula yang tinggi, sebab itu buahan hanya dijadikan sebagai snek kepada guinea pig dan diberi sedikit sahaja (tidak sebanyak sayuran). Lebihan gula diet guinea pig boleh menyebabkan obesity dan gangguan pada saluran gastrousus.






Pellet- berkualiti tinggi

Pellet guinea pig diperbuat dari hay rumput kering dan vitamin C. Fungsi pellet ialah untuk memastikan guinea pig mendapat sumber Vitamin C. Penting untuk anda mem

ilih jenama pellet yang berkualiti tinggi, kerana pellet berkualiti tinggi mempunyai Vitamin C yang bagus manakala pellet yang berkualiti rendah kebanyakannya hanya dipenuhi dengan hay rumput kering sahaja


Bolehkah saya tidak memberi pellet pada guinea pig saya?

Boleh, sekiranya anda yakin bahawa sayuran dan buahan yang anda sediakan untuk guinea pig anda mempunyai Vitamin C yang mencukupi.


Bolehkah saya hanya memberi hay rumput kering dan pellet pada guinea pig, kerana tanpa buahan dan sayuran, mereka masih boleh mendapat vitamin C dari pellet?

Tidak! Penting untuk guinea pig anda mendapat sumber vitamin C secara semula jadi natural, iaitu melalui sumber sayuran dan buahan. Fungsi pellet hanyalah untuk 'back up' sekiranya sayuran dan buahan yang anda sediakan itu tidak memberi vitamin C yang mencukupi untuk guinea pig. Jadi sekiranya sayuran dan buahan yang anda sediakan tidak menyediakan vitamin C yang mencukupi buat guinea pig, pellet itu bertindak sebagai pelengkap.




Air bersih

Air bersih penting untuk guinea pig kekal terhidrat. Air juga penting untuk pergerakan sistem penghadaman dan saluran gastrousus (GI tract). Jika tidak mendapat air yang mencukupi, guinea pig akan berisiko dalam komplikasi kembung perut dan lain yang melibatkan isu kesihatan. Guinea pig tidak boleh minum susu kerana perut mereka tidak dapat memproses laktosa dengan baik. Air bersih sudah mencukupi. Anda boleh menggunakan botol air atau mangkuk berat.


Sumber

The Best Types of Guinea Pig Hay. (2020, May 1). GuineaDad. Retrieved February 8, 2023, from https://guineadad.com/blogs/news/5-types-of-hay-guinea-pigs-can-eat

What do guinea pigs eat daily? (2022, November 4). GuineaDad. Retrieved February 7, 2023, from https://guineadad.com/blogs/news/what-do-guinea-pigs-eat-daily



1,248 views0 comments

Comments


bottom of page