top of page
  • Writer's pictureHaiwan Bukan Permainan

Kenapa hamster asyik tidur?

Updated: May 16, 2023





Sejak kebelakangan ini, ramai yang sedih, kurang faham kenapa hamster asyik tidur pada waktu siang. Ini soalan yang kami sentiasa nampak di mana-mana group hamster di Malaysia.


Ada yang kata letak bedding tebal terus hamster tak aktif. Salah ya. Bukan itu sebabnya.


Baiklah. Biar kami terangkan kenapa hamster kita asyik tidur siang.


Hamster adalah haiwan nokturnal dan krepuscular. Nokturnal ialah, hanya berjaga pada waktu malam, manakala crepuscular berjaga pada waktu senja atau subuh.


Hamster BUKAN haiwan yang aktif pada waktu siang. Ini kena AMBIL TAHU apabila anda membela hamster!



#1 Perlu ke saya kejut hamster saya pada waktu siang untuk bermain?


Tidak perlu- kecuali kejut untuk membawa hamster ke vet. Jangan suka-suka kejutkan hamster semasa mereka tengah tidur atau tukar jadual waktu tidur mereka. Ini boleh membuatkan hamster menjadi stress. Hamster di alam liar pun tidur pada waktu siang, jadi begitu juga dengan hamster domestik perliharaan. Sekiranya anda mahu haiwan berjaga pada waktu siang untuk bermain dengan anda, hamster bukan pilihan yang baik untuk anda. Boleh bela haiwan lain seperti kucing, anjing, guinea pig yang bukan nokturnal.



#2 Bagaimana kalau saya mahu buat spot cleaning atau deep cleaning?


Untuk Spot cleaning, kalau mereka tidak kencing di bedding, boleh buat bila-bila masa sahaja (bergantung kepada keadaan). Jika hamster kencing dalam bedding atau tunnel, boleh kejutkan mereka. Tetapi tidak boleh selalu ya. Sekali sekala tidak mengapa. Sebab itu kami galakkan buat spot cleaning sekali seminggu atau 2 kali untuk 2-3 minggu.


Jikalau hamster anda kebetulan berjaga pada siang hari, boleh lakukan spot cleaning atau deep cleaning. Tiada masalah. Untuk deep cleaning, tunggu mereka berjaga sebab kita perlu membawa hamster keluar dari sangkar (kemudian letak hamster dalam sangkar sementara atau playpen) untuk prosedur pembersihan seluruh sangkar.



#3 Hamster saya asyik tidur sahaja. Tak nampak pun dia berjaga tengah malam? Penat dah saya tunggu dia bangun.


Ada hamster berjaga pada waktu 12 tengah malam. Ada yang berjaga pada pukul 1 pagi, ada yang pukul 3 pagi. Semua ini bergantung pada personaliti hamster tersebut. Ada juga hamster yang tidak suka dengan kehadiran manusia dan cahaya lampu (dikenali sebagai ghost hamster). Mereka hanya akan keluar apabila kita masuk tidur dan bila persekitarannya yang gelap.



#4 Hamster kalau sudah tua, akan kuat tidur ke?


Ya, betul. Semakin meningkat umur hamster, semakin kurang aktif. Mereka akan habiskan masa mereka dengan tidur. Walaubagaimana pun, mereka masih lagi bermain roda, makan dan minum, cumanya hamster kurang aktif seperti biasa. Tetapi ada juga hamster yang masuk alam tua masih aktif. Jadi ia bergantung pada keadaan hamster tersebut.


 

Jika kita terlampau kerap kejutkan hamster bangun dari tidur, ia boleh menyebabkan hamster mengalami stress. Bila hamster stress, boleh melemahkan immune badan hamster dan mudah dapat penyakit. Bila jatuh sakit, boleh menyebabkan kematian. Jadi, kurangkan mengejut hamster waktu tidur mereka tanpa sebab.


Ada sebab kita tidak boleh kacau hamster semasa hamster tengah tidur. Jika mahu bermain dengan hamster, boleh tunggu mereka bangun dahulu. Selesai mereka makan minum, grooming semua, boleh bermain dengan mereka. Jangan paksa atau tukar jadual waktu tidur hamster. Kita sebagai manusia dan tuan mereka perlu hormat cara kehidupan hamster.


Info tambahan : Untuk hamster yang tidak suka dengan kehadiran cahaya lampu dan aktif apabila dalam keadaan gelap gelita, boleh guna lampu merah. Sebab hanya lampu merah sahaja hamster tidak boleh nampak.


11 views0 comments

Comments


bottom of page