top of page
  • Writer's pictureHaiwan Bukan Permainan

Kenapa hamster saya makan tahi dia balik?

Updated: May 16, 2023



Kenapa hamster saya makan tahi dia? 🤢


Adakah ini normal? Saya tak faham. Geli lah saya tengok 🥲



Bertenang. Kelakuan memakan tahi sendiri buat hamster merupakan sesuatu yang normal.

Hamster merupakan haiwan Coprophagia. Haiwan dalam kategori coprophagia ialah haiwan-haiwan yang memakan tahinya sendiri. Selain hamster, arnab dan gerbil juga contoh haiwan lain yang juga coprophagia.


Saya geli. Bolehkah saya hentikan sifat coprophagia hamster saya?

Tahi hamster tidak membahayakan diri mereka. Ia adalah normal dan dinasihatkan jangan sesekali berhentikan perangai hamster yang agak unik ini.


Kenapa mereka memakan tahi mereka sendiri?

Hamster menghasilkan dua jenis tahi iaitu tahi biasa (normal poo) dan satu lagi adalah cecotropes. Cecotropes inilah yang hamster suka makan.


Jenis cecotropes ini mengandungi vitamin B12 dan ada makanan yang dicerna separa yang hanya dapat diserap balik jika melalui sistem pencernaan (Digestive system).


Di dalam usus hamster anda ada bakteria yang akan menghasilkan vitamin B12 dari garam kobalt (salt cobalt). Tetapi, vitamin B12 tidak dapat diserap di dalam usus, ia hanya dapat diserap di dalam perut hamster.


Oleh sebab itu, hamster harus memakan tahi jenis cecotropes untuk menyerap vitamin B12 itu semula. Sekarang baru anda tahu kenapa hamster suka makan tahi dia sendiri.



Jadi, selepas ini jangan risau jika anda melihat hamster anda memakan tahinya sendiri. Ia adalah salah satu perangai normal hamster dan juga ia baik untuk kesihatan hamster!


Siapa disini suka lihat hamster makan tahinya sendiri? Mengaku cepat!



15 views0 comments

Comments


bottom of page