top of page
  • Writer's pictureHaiwan Bukan Permainan

Kenapa hamster saya nampak bosan dalam sangkar?

Kenapa hamster saya macam bosan dalam sangkar?


Kenapa hamster saya korek dekat hujung sangkar, dia nak berlari ke?


Hamster akan mati ke kalau guna bedding tebal?


Hamster saya takut cahaya sebab guna tank, bagaimana nak buat ya?


Kita hanya bermain dengan hamster sahaja ke?


Hamster saya asyik termenung, kena bagi kahwin atau kena bagi kawan kat dia?



Ini adalah soalan yang selalu peminat hamster bertanya dekat mana-mana group hamster di Malaysia.


Okay. Apabila kita membela hamster, tidak semestinya kita hanya meluangkan masa dengan hamster sahaja, letak hamster macam itu di dalam sangkar, dan hanya ada bedding, roda dan mangkuk makanan/minuman.


Buat begitu, hamster boleh bosan disebabkan tiada aktiviti hamster boleh buat. Hanya ada roda sahaja mainan dia. Bedding pula sangat sedikit, dan tuan dia pula sentiasa sibuk sehingga tiada masa nak bermain dengan dia (hamster).


Sebab itu anda akan perasan kami selalu menasihati anda semua betapa pentingnya aktiviti untuk hamster anda. Di dalam dunia hamster, istilah yang selalu kami guna adalah"enrichment".


Sebenarnya, ada banyak "enrichment" anda boleh buat untuk hamster kesayangan anda supaya ada sahaja aktiviti dia boleh buat di dalam sangkar. Bukan setakat bela begitu sahaja ya. Kasihan pada hamster nanti.


Sudahlah hidup hanya habis di dalam sangkar, malah hamster juga asyik cuba melarikan diri kerana stress dan kebosanan.


Disebabkan masih ramai yang tidak tahu apa itu Hamster enrichment, kami akan terangkan kepada anda semua!




BEDDING TEBAL


Bedding tebal sangat sangat penting untuk hamster! Pastikan anda letak bedding tebal minimun 6 inci - 12 inci maksimun penuh satu sangkar. Hamster sebenarnya dikenali sebagai haiwan "penghuni tanah". Ia adalah sifat semulajadi hamster yang suka mengali dan tidur di dalam tanah.


Oleh itu, cuba anda letak bedding tebal dan anda dapat melihat hamster anda akan mula menggali dan terowong pun tercipta. Jangan risau, hamster tidak akan mati lemas atau jatuh sakit kalau mengunakan bedding tebal. Kalau anda tidak buat "spot cleaning", memang busuklah sangkar hamster anda nanti.


SUBSTRAT


Pelbagaikan substrat seperti coco peat, coco husk, atau pasir juga adalah salah satu enrichment untuk hamster. Boleh guna dalam bekas/balang sahaja (tidak digalakkan letak satu sangkar disebabkan faktor kelembapan). Anda juga boleh sorokkan makanan ringan (snack), raw peanut dan kuaci di dalam substrat tersebut.


Anda akan dapat melihat hamster bersungguh-sungguh mencari makanan mereka sendiri. Ia sangat menyeronokkan! Untuk pasir pula, anda boleh guna bekas yang besar. Majoriti spesies dwarf suka bermain pasir memandangkan asal mereka adalah dari padang pasir dan ada yang tinggal berdekatan dengan padang pasir.


SPRAYS


Sprays seperti padi, sorghum, rami, sekoi etc amat sesuai digunakan sebagai aktiviti untuk hamster. Letak sahaja sprays di dalam sangkar atau anda juga boleh menghiaskan sangkar hamster anda dengan menggunakan sprays.


Kita akan dapat melihat hamster mula sibuk mengutip sprays dan bawa balik ke sarang mereka. Sifat begini adalah kelakuan semulajadi hamster di alam liar. Kalau nak tahu, hamster di alam liar akan mencari sendiri biji benih, bijirin, sprays, serangga kecil dan juga makanan lain. Sprays juga boleh buat sangkar hamster kelihatan cantik!


BOREDOM BREAKER


Dari anda asyik letak makanan di dalam mangkuk makanan, anda sebenarnya boleh mengunakan kotak, apple stick, ice cream stick untuk membuat Boredom breaker. Hamster akan sibuk mengopek bijirinyang melekat pada barang-barang tersebut dan dari situ, hamster dapat mengasah gigi mereka taw.


Ands juga boleh mengunakan bekas gulungan tandas (toilet roll), sumbatkan sekali jerami dusun (orchard hay) dan masukkan bijirin di dalam bekas tersebut. Nanti Hamster akan berusaha mengopek bekas gulungan untuk mengutip bijirin.


Nak tahu cara buat Boredom breaker, anda boleh rujuk sini :



LOG KAYU DAN CORK BARK


Penggunaan kayu di dalam sangkar dapat membuatkan sangkar hamster kelihatan semulajadi. Ia juga boleh menjadi tempat persembunyian hamster memandangkan hamster adalah haiwan mangsa. Letak sahaja kayu (pastikan kayu yang selamat untuk hamster) di dalam sangkar, dan hamster akan mula memanjat dan berjalan di atas kayu tersebut. Dari situ, kita dapat mengelakkan kuku hamster menjadi panjang.


MAINAN UNTUK MENGUNYAH (CHEW TOYS)


Di dalam dunia hamster, mainan untuk mengunyah/untuk mengasah gigi, istilah yang kami selalu gunakan adalah chew toys. Chew toys sangat penting untuk hamster agar gigi hamster sentiasa terjaga, pendek dan tidak panjang. Lagi bagus kalau kita pelbagaikan chew toys di dalam sangkar hamster supaya kita dapat elak hamster gigit barang/rosakkan semuba barang di dalam sangkar mereka.


Antara barang chew toys yang selamat untuk hamster adalah batang epal, whimzee, loofah, bola rotan, kacanf tanah mentah, walnut, kayu kayu yang selamat yang sudah diproses untuk dijadikan alat untuk gigitan.


PLAYPEN


Sekali sekala, bawalah hamster keluar dari sangkar mereka untuk berjalan atau bermain di dalam rumah/bilik anda (pastikan tiada haiwan lain ketika membuat aktiviti). Lagi bagus kalau guna playpen yang lebih selamat dan potensi hamster untuk melarikan diri atau hilang dari radar itu kurang.


kita juga boleh duduk bersama, bermain bersama di dalam playpen untuk merapatkan hubungan kita dengan hamster. Lama-kelamaan, hamster akan jadi semakin jinak dan hamster juga boleh mengenal bau tuan dia sendiri.


Nak tahu free roaming itu bagaimana, boleh rujuk video ini :




MENABUR BIJIRIN (MIXSEEDS) DI DALAM SANGKAR HAMSTER


Istilah yang selalu kami gunakan atau mana mana komuniti hamster di seluruh dunia adalah scatter feeding. Kalau nak tahu, hamster di alam liar suka mengutip makanan, bijirin, biji benih dan mereka menyimpan makanan tersebut di dalam kantung pipi hamster. Itulah fungsi sebenar kantung pipi hamster!


Apa anda perlu buat adalah Hanya taburkan bijirin di seluruh bedding hamster. Di situ, kita akan dapat hamster mampu mempamerkan corak kelakuan semulajadi seperti hamster di alam liar. Eh, seronok taw melihat mereka mengutip makanan dan membawa pulang ke sarang mereka.


Anda juga boleh taburkan herba (herbs) dan bunga. Pastikan anda mengunakan bunga yang selamat dan bebas racun serangga.


Nak tahu scatter feeding bagaimana, boleh tengok video ini :



Untuk herba kering dan bedding bunga :


RUMAH UNTUK MENYOROK


Rumah untuk menyorok atau dikenali sebagai hide out adalah salah satu enrichment untuk hamster. Lagi banyak hide out awak letak dalam sangkar hamster, hamster lagi. Dia akan berasa selamat jika kawasan dia ada banyak hide out. Ingat info ini, hamster adalah haiwan mangsa, jadi mereka akan menyorok daripada haiwan pemangsa.


Oleh itu, jangan biarkan sangkar hamster anda kosong sahaja. Nanti Hamster akan merasa dirinya terdedah kepada bahaya dan juga haiwan pemangsa. Sebab itu dia berasa takut dan tidak mahu keluar dari tempat persembunyian.


Untuk hide out, boleh guna gulungan tandas (toilet roll), cawan seramik, pasu bunga, rumah seramik khas untuk haiwan kecil, bekas kaca dan banyak lagi dan pastikan barang itu selamat untuk hamster.



Okay! Itulah enrichment hamster yang anda boleh buat dekat hamster kesayangan anda. Cubalah taw!

13 views0 comments

Comments


bottom of page