top of page
  • Writer's pictureHaiwan Bukan Permainan

Penjagaan asas untuk hamster

Updated: Jun 29, 2023

Sebelum anda mahu membela hamster, pastikan anda sudah menyediakan dahulu keperluan asas untuk seekor hamster. Di Malaysia, kita sudah mempraktikkan konsep satu sangkar satu hamster untuk mana-mana spesies hamster demi kebaikan hamster dan juga diri kita sendiri. Ayuh! Mari kita baca apakah barang-barang asas yang perlu ada di dalam sangkar seekor hamster.



SANGKAR


Hamster memerlukan tempat yang luas dan besar untuk mereka berlari dan juga bermain. Sebab itu size sangkar memainkan peranan yang sangat penting untuk hamster. Lagi besar size sangkar hamster, lagi bagus!


Sangkar untuk seekor hamster perlulah melepasi capaian minimum keluasan lantai iaitu 5000 sentimeter persegi (sm2) bersamaan 100 sentimer panjang x 50 sentimeter lebar (100 sm panjang x 50 sm lebar) untuk hamster spesis Syrian dan 4000 sentimeter persegi (sm2) bersamaan 80 sentimeter panjang x 50 sentimeter lebar untuk hamster spesis Dwarf (winter white, Campbell dan roborovski). 


Sangkar yang tidak melepasi capaian saiz minimum akan merisikokan hamster untuk berada di dalam keadaan stress. Apabila hamster stress, hamster akan mudah untuk jatuh sakit kerana imuniti badan merendah lalu akan menyingkatkan jangka hayat hamster.


Material dan reka bentuk sangkar pula boleh dipelbagaikan akan tetapi kami menyarankan anda untuk menitik berat soal saiz terlebih dahulu. Size sangkar hamster sangat sangat penting apabila membela seekor hamster. Elakkan dengan menggunakan sangkar yang bertingkat kerana hamster bukanlah haiwan memanjat. Sangkar berjaring pula sangat tidak sesuai untuk hamster. Ia boleh menyebabkan hamster "monkey barring" dan "bar bitting". Itu adalah tanda-tanda hamster sedang stress.


Kesimpulannya, lebih luas dan besar sangkar hamster, lebih bagus! Dan pastikan anda membela seekor hamster untuk satu sangkar sahaja. Hamster adalah haiwan solitari, haiwan yang tidak suka berkongsi kawasan. Jika anda bela hamster lebih dari satu ekor dalam satu sangkar, hamster akan bergaduh di antara satu sama lain untuk berebut kawasan. Hamster hanya bersama apabila tibanya waktu mengawan dan akan berpisah selepas mengawan. Jadi, pastikan satu sangkar satu hamster!



BINCA (BEDDING)


Keperluan asas yang seterusnya adalah binca (bedding). Binca menurut kamus dewan adalah jerami tempat tidur binatang. Hamster merupakan salah satu haiwan yang turut memerlukan bedding di dalam sangkar. Antara dua tujuan utama penggunaan bedding adalah untuk mewujudkan suasana seperti di habitat asal hamster dan untuk menyerap najis iaitu air kencing.


Hamster merupakan haiwan yang hidup di bawah permukaan tanah dan hamster juga mempunyai kebolehan untuk menggali dengan baik. Pemilihan beddingyang tepat akan memberi ruang untuk hamster lebih bebas beraktiviti seperti di habitat asal dengan menggali bedding dan bersembunyi di bawah permukaan bedding.


Selain itu, bedding yang mempunyai kualiti penyerapan yang baik juga akan membantu untuk menyerap najis hamster tersebut. Antara dua jenis bedding yang mudah didapati di pasaran buat masa kini adalah bedding dari material berasaskan kertas dan berasaskan kayu. Kedua dua jenis material ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersediri seperti dari segi ketahanan galian, penyerapan mahupun harga jualan.


Disebabkan hamster adalah haiwan menggali, kami menyarankan anda untuk letak bedding dengan lebih tebal sekurang-kurangnya 15-20cm untuk hamster menggali.


Dengan meletakkan bedding yang tebal, ia juga dapat mempamerkan kelakuan corak semulajadi hamster di alam liar dan juga salah satu aktiviti hamster di dalam sangkar.


Elakkan menggunakan bedding yang berbau wangi (bau lemon, lavender, etc). Bedding yang berbau wangi boleh menyebabkan masalah pernafasan untuk hamster dan alergik.



RODA HAMSTER


Seterusnya, roda hamster. Roda hamster merupakan salah satu keperluan asas untuk seekor hamster dan ia wajib disediakan. Hamster merupakan haiwan yang mampu berlari sejauh lebih kurang 7 ke 8 kilometer pada satu malam. Oleh itu, pemilihan roda hamster yang sesuai amatlah penting dan perlu difokuskan.


Saiz diameter roda hamster adalah aspek terbesar dalam membuat pemilihan untuk memastikan hamster selesa, tidak akan tercedera, dan untuk mengelakkan masalah fizikal dalam jangka masa panjang. Pemilihan saiz diameter roda yang tidak bersesuaian dengan spesis hamster akan mengakibatkan masalah kepada fizikal tulang belakang hamster.


Hamster Syrian memerlukan sekurang kurangnya 28 sentimeter roda manakala hamster Dwarf seperti Winter White dan Campbell memerlukan sekurang kurangnya 25 sentimeter. Hamster Dwarf spesis Roborovski pula memerlukan roda sekurang kurangnya 21 sentimeter juga. Lebih besar saiz diameter roda adalah lebih bagus.




BOTOL AIR /MANGKUK MINUMAN


Botol air atau mangkuk air merupakan alatan sebagai sumber air untuk hamster di dalam sangkar. Sebagai pemilik, anda boleh memilih untuk menyediakan botol air atau mangkuk air bergantung kepada keselesaan dan hamster anda. Kedua dua botol air dan mangkuk air mempunyai kelebihan dan kekurangan tersediri. Ada segelintir hamster lebih selesa untuk menggunakan mangkuk air berbanding botol air.




MANGKUK MAKANAN


Untuk mangkuk makanan pula, tiada penjelasan panjang yang perlu dihuraikan pada kali ini tetapi untuk mereka yang mahu memiliki hamster, adalah wajib untuk anda menyediakan mangkuk makanan di dalam sangkar kerana mangkuk makanan akan memudahkan anda memerhati kadar makan hamster terutama sekali di awal penjagaan.



ALAT PERMAINAN GIGITAN (CHEW TOYS)


Alat permainan gigitan merupakan salah satu alat bantuan untuk mengawal dan mengasah gigi hamster. Hamster merupakan haiwan rodensia yang mempunyai sepasang gigi kacip (incisor). Gigi kacip ini akan berterusan memanjang sepanjang hayat mereka. Dengan menyediakan alat permainan gigitan di dalam sangkar, anda dapat membantu hamster untuk mengawal kepanjangan gigi secara tidak langsung.


Alat permainan gigitan ini terdiri daripada pelbagai bentuk seperti yang terdapat dipasaran buat masa kini. Tetapi, kami nasihatkan anda untuk menyediakan alat permainan gigitan yang organik dan tidak mempunyai cat pewarna yang berisiko membahayakan kesihatan hamster anda. Antara alat permainan gigitan yang mudah dan selamat dipasaran adalah kayu epal, kayu kiwi mahupun bola rotan.


Alat gigitan yang tidak digalakkan adalah batu mineral (mineral stone) yang masih laris terjual di pasaran. Batu mineral tidak digalakkan kerana lebihan mineral akan mengganggu sistem buah pinggang hamster. Cukuplah hamster menerima sumber mineral yang memadai dari makanan ruji mereka iaitu seed mix.



PASIR


Hamster adalah haiwan yang tidak boleh dimandikan dengan air secara rutin kerana air akan menghakis lapisan minyak pada bulu hamster yang bertujuaan untuk mengekal haba badan hamster. Ia juga boleh menyebabkan hamster jatuh sakit jika dimandikan dengan air.


Sebaliknya, air boleh digantikan dengan pasir. Pasir boleh diletakkan di dalam sangkar selama mungkin dan perlu ditukar secara kerap. Hal ini kerana, selain pasir mampu membantu hamster untuk mengekalkan kebersihan bulu, pasir juga akan menjadi tempat untuk segelintir hamster membuang najis dan menyejukkan badan hamster ketika musim panas.


Sekiranya hamster anda berperilaku sebegitu, anda harus kerap menukar pasir bagi menjaga kebersihan. Pasir yang digalakkan untuk digunakan adalah pasir dari padang pasir kerana hamster adalah haiwan yang berasal dari padang pasir.


Elakkan menggunakan pasir yang berbau wangi (lemon, lavender etc), pasir batu seperti zeolite atau batu kecil (boleh mencederakan badan hamster), pasir yang berdebu, dan pasir yang mengandungi bahan yang berbahaya.

Gunalah pasir yang selamat untuk hamster!



TEMPAT PERSEMBUNYIAN


Tempat persembunyian (hideout) merupakan satu alat ciptaan manusia masa kini untuk membantu hamster berasa lebih selamat. Diingatkan sekali lagi hamster adalah haiwan mangsa. Terdapat dua jenis haiwan dalam kategori ini iaitu haiwan mangsa dan pemangsa.


Haiwan mangsa akan berasa selesa di dalam tempat persembunyian berbanding kawasan terbuka. Lebih banyak tempat persembunyian yang disediakan di dalam sangkar adalah lebih baik untuk hamster.


Tempat persembunyian boleh dibanyakkan di dalam sangkar dan boleh juga terdiri daripada pelbagai jenis material dan reka bentuk.


Kami menyarankan menggunakan tempat persembunyian jenis material seramik supaya hamster juga dapat menyejukkan badannya ketika musim panas.


Anda boleh menggunakan cawan seramic, tempat persembunyian jenis seramik atau pasu seramik yang kecil.





Kalau anda sudah menyediakan semua keperluan asas untuk hamster, ini bermakna anda sudah bersedia untuk menjaga hamster anda!















2,848 views0 comments

Comments


bottom of page