top of page
  • Writer's pictureRidzlyn

Tips: How I Groom my Skinny Pig (BM)

Updated: Nov 26, 2023

Penting: Kandungan artikel ini adalah daripada pengalaman saya sendiri dan campuran dari laman web bersama komuniti guinea pig yang dipenuhi dengan pengalaman penjaga lain di luar negara dan Malaysia.


Mandi

Pastikan untuk letak alas kain supaya sinki lantai tidak licin untuk guinea pig berdiri.

Mandi adalah antara cara tidak semua penjaga guinea pig buat kerana guinea pig mempunyai kulit yang sensitif kerana minyak semulajadi di kulit guinea pig wajib ada maka mandikan mereka selalu tidak digalakkan. Melainkan, guinea pig kelihatan kotor daripada duduk diatas alas atau lantai yang basah dari kencingnya. Selain itu, terdapat juga cadangan untuk mandikan guinea pig di paras punggung sahaja terutamanya guinea pig jantan atau/dan warga tua untuk membersihkan kawasan 'testicle' yang mungkin terdapat sisa rumput dan pembuangan melekat atau kering di kawasan tersebut.


Jika perlu mandikan guinea pig anda, pastikan untuk mengguna sabun yang dicipta untuk guinea pig atau haiwan kecil. Masalah dalam mencari sabun haiwan kecil bersesuaian tidak banyak pilihan di Malaysia, dengan yang dikatakan, kita boleh mencari alternatif di kedai dengan mencari sabun diperbuat untuk kegunaan bayi iaitu brand 'Aveeno Oatmeal Bath' yang sesuai untuk kulit sensitif dan bahan wangian bukan bahan yang tertinggi di senarai ramuan (boleh dilihat di belakang produk).

Persoalan yang selalu ditanya oleh komuniti guinea pig, adakah air menghilangkan kesemua minyak semulajadi pada kulit guinea pig? Dengan membersihkan dengan air sahaja, berkemungkinan tidak terlalu banyak menanggalkan minyak semulajadi kulit dan oleh itu mengurangkan risiko merosakkan penghalang kulit iaitu 'skin barrier'. Membersihkan kulit dengan air bukan sahaja mengurangkan tindakan pelucutan minyak iaitu 'oil-stripping action', tetapi juga tindakan menggosok fizikal, yang akan mengurangkan kerengsaan pada kulit (Shop et al., 2021).


Coconut oil - Untuk membersihkan kulit daripada 'grease gland'

Coconut oil telah lumurkan pada kulit dan menunjukkan mana 'grease gland' tersebut berada.

Tujuan penggunaan coconut oil (rujuk gambar di bawah) adalah untuk membersihkan kulit guinea pig daripada pengumpulan kelenjar minyak iaitu 'grease gland' dan lebihan kulit tua. 'Grease gland' adalah apa yang digunakan oleh guinea pig untuk 'mark territory' masing-masing. Ia terletak di hujung tulang belakang mereka, kira-kira di mana ekor akan berada jika mereka mempunyai ekor. Kelenjar mengeluarkan bahan tebal dan berminyak yang berubah menjadi konsistensi seperti gum apabila ia kering.




Cara mengguna coconut oil untuk membersihkan 'grease gland' guinea pig:

  1. Ratakan coconut oil pada kulit guinea pig atau pada kawasan 'grease gland', coconut oil tersebut akan cair dengan kepanasan badan guinea pig.

  2. Biarkan coconut oil meresap ke dalam kulit selama satu atau dua minit.

  3. Guna tisu atau kain untuk mengelap 'grease gland'/kulit kering.

  4. Pastikan untuk membuang lebihan coconut oil.

Penting: Jangan jadikan coconut oil sebagai suplemen penghidratan kerana ia boleh menyumbat pori-pori kulit guinea pig.

Selepas lap 'grease gland' dan lebihan coconut oil dari kulit.

Buat proses sama dengan coconut oil dan vitamin E pada telinga.

Vitamin E - Untuk melembapkan kulit selepas sapuan coconut oil

Kegunaan vitamin E adalah untuk menghidrasikan kulit guinea pig lagi-lagi skinny pig yang senang mendapat kulit kering kerana kekurangan bulu. Kebaikan mengguna vitamin E pada kulit skinny pig adalah kerana ia dianggap sebagai agen 'anti-inflammatory' dalam kulit kerana beberapa kajian telah menyokong pencegahan kerosakan keradangan selepas pendedahan UV. Vtamin E topikal boleh mengurangkan bengkak kulit akibat UV, ketebalan kulit, eritema dan edema — semua tanda keradangan kulit (Vitamin E and Skin Health, 2016).



Cara mengguna vitamin E untuk melembapkan kulit guinea pig selepas coconut oil:

  1. Pastikan guna serum vitamin E tulen (boleh guna serum manusia).

  2. Ratakan vitamin E pada kulit guinea pig sepertimana memakai serum pada muka diri sendiri (elak meletakkan serum di muka guinea pig).

Selepas letak vitamin E. Pastikan serum vitamin E diletak rata.

Potong kuku

Memotong kuku guinea pig harus dilakukan sekali sebulan dengan menguna pemotong kuku haiwan atau pemotong kuku manusia, untuk mengelakkan kuku guinea pig daripada melingkar ke tapak kakinya, elak daripada guinea pig tercakar diri sendiri dan guinea pig lain, dan juga kebersihan guinea pig secara umum.

Selain itu, kuku terlalu panjang akan melibatkan pembesaran 'quick' iaitu saraf darah berada di pertengahan kuku dan di mana bekalan darah untuk sel-sel kuku terletak. Ia juga dipanggil struktur "vaskular", bermakna ia mempunyai banyak saluran darah (Saint James Animal Hospital, n.d.). Lihat pada gambar rajah diatas untuk melihat rupa kuku dan 'quick' berwarna merah.

'Quick' tidak boleh dipotong kerana ia adalah saluran darah. Jika terpotong, cepat-cepat letak tepung gandum di kawasan pendarahan untuk berhenti pengaliran darah tersebut. Kuku putih lebih senang untuk melihat 'quick', manakala kuku hitam harus menggunakan sulur lampu suluh untuk memantulkan 'quick' supaya dapat dilihat dengan senang. Jika anda seorang pemilik guinea pig yang mahir, boleh 'eye-ball' di mana 'quick' guinea pig anda berada.




Rujukan:

About Us - Saint James Animal Hospital. (n.d.). Www.stjamesanimalhospital.com. Retrieved October 26, 2023, from https://www.stjamesanimalhospital.com/trim-toe-nails-1.pml#:~:text=The%20quick%20is%20just%20the

admin. (2016, December 20). Caring For Your Skinny Pig. Skinny Pig Care. http://skinnypigcare.com/2016/12/20/caring-skinny-pig/

Shop, T. S. (2021, March 1). Benefits of washing face with water only and how to do it. The Sesame Shop. https://www.thesesameshop.com.au/blog/2021-03/benefits-of-washing-face-with-water-only-and-how-to-do-it/#:~:text=By%20cleansing%20with%20water%20only

Vitamin E and Skin Health. (2016, November 7). Linus Pauling Institute. https://lpi.oregonstate.edu/mic/health-disease/skin-health/vitamin-E#:~:text=Vitamin%20E%20has%20been%20considered



16 views0 comments

Comments


bottom of page