top of page
  • Writer's pictureRidzlyn

Tips: Where to Buy Guinea Pig’s Enclosure Items on a Budget (BM)

Updated: Nov 26, 2023

Base Sangkar

Barang pertama sekali kita perlu ada dan perlu kenalpasti berapa besar sangkar kita hendak buat untuk guinea pig adalah mengikuti jumlah guinea pig hendak bela. Garis panduan saiz sangkar untuk seekor guinea pig adalah 1 sq meter atau 100 sq centimeter (100x100cm perimeter sangkar) digalakkan untuk seekor sahaja, tetapi disebabkan tidak semua perumahan mampu tampung saiz sangkar sebesar ini, paling minimum adalah 0.7 sq meter atau 70 sq centimeter (70x70cm). Lebih besar, lebih bagus.


C&C grid dijual di Malaysia saiz purata adalah 35 sq centimeter untuk 1 grid. Oleh itu, cara untuk mengukur saiz sangkar dan jumlah guinea pig sesuai adalah:


  • 1 guinea pig - Minimum 70x70cm, perlukan 8 grid. Digalakkan 70x105cm, perlukan 10 grid.

  • 2 guinea pig - Minimum 70x105cm, perlukan 10 grid. Digalakkan 70x140 terutamanya jantan, perlukan 12 grid.

  • 3 guinea pig - Minimum 70x140cm, perlukan 12 grid. Digalakkan 70x175cm terutamanya jantan, perlukan 14 grid.

  • 4 guinea pig - Minimum 70x175cm, perlukan 14 grid. Digalakkan 70x210cm terutamanya jantan, perlukan 16 grid.


C&C grid boleh beli di Shopee kedai SimplyBest yang paling murah dan berkualiti.

Dengan membeli 3 cube (iaitu 13 grids) boleh membuat sangkar sebesar 70x140cm untuk 2-3 guinea pig dengan harga RM33.88 - RM36.88 (setakat 07/11/2023).



Untuk tapak sangkar digalakkan ada supaya dapat membuat sangkar yang lebih stabil dan mudah untuk digerakkan bersama barang-barang di dalam sangkar dan juga boleh menangkap sisa-sisa pembuangan guinea pig dan rumput. Dengan menggunakan saiz sangkar 70x140cm, grid rata diperlukan adalah 8 grid (70x140cm).


Grid rata boleh beli di Shopee kedai Eco Shop atau dimana-mana kedai fizikalnya.



Untuk tapak sangkar lebih kukuh dan boleh bertahan lama, dengan membuat sendiri tapak lagi satu yang juga kalis air dan mengelakkan guinea pig muda daripada keluar di lubang-lubang grid kerana badannya masih kecil. Kebanyakkan guinea pig berumur 6 bulan kebawah boleh keluar melalui C&C grid maka harus meninggikan dinding dengan menggunakan corrugated board (coroplast).


Guinea pig bawah 6 bulan digalakkan ada dinding yang tinggi dalam 15cm di sekeliling sangkar dan guinea pig dewasa lebih dari 6 bulan tinggi dinding 10cm sahaja.


Corrugated board (Coroplast) boleh beli di mana-mana kedai buku dan kedai seni.

Sila rujuk Youtube Scotty's Animals atau Skinnypigs1 cara-cara membuat sendiri base coroplast.

Base sangkar adalah wajib disediakan terlebih dahulu.

Kain Penyerap (Absorbent layer)

Kain untuk menyerap kencing guinea pig adalah wajib ada, seelok-eloknya tebal supaya boleh tahan sampai seminggu penggunaan sebelum deep cleaning dan selesa untuk guinea pig lari dan tidur.


Terdapat 2 jenis kain yang boleh dipilih: tuala atau bath mat. Ketebalan tuala mengikut pada jenis tuala iaitu lebih mahal tuala itu, lebih tebal kainnya. Disebabkan artikel ini fokus pada cara membuat bajet dalam pembelian barang keperluan adalah dengan menggunakan tuala bayi kebanyakannya adalah nipis dan murah dibeli di Shopee.


Tuala bayi harus dilapiskan sebanyak 4 helai keatas untuk mendapat penyerapan yang bagus. Satu lagi cara juga boleh menggunakan bath mat boleh dibeli di MR DIY (rujuk pada gambar dibawah). Bath mat adalah pilihan pertama kita mengesyorkan untuk menyenangkan waktu penukaran kain dan membasuh kain tersebut (juga tahan lebih lama dari tuala bayi). Jika hendak lebih tebal, boleh gabungkan kedua-dua tuala bayi dan bath mat juga (ini apa kita buat sekarang untuk kedua-dua guinea pig yang berusia tua).

Bath mat depan (serap air)
Bath mat belakang (kalis air)

Kain Fleece (Top layer)

Fleece adalah sejenis kain kebanyakan digunakan pada musim sejuk untuk membenarkan lembapan menyejat sambil menyekat kelembapan dari luar. Oleh itu, setiap kain fleece harus dibasuh dengan air panas sebelum guna untuk memastikan fleece tersebut boleh tarik segala air dengan cepat pada masa yang sama tetap kering pada permukaan atas terdedah kepada guinea pig untuk mengelakkan masalah kesihatan. Setakat ini, fleece paling murah dan mudah dicari adalah Vitmossa Throw di Ikea secara fizikal atau online. 1 vitmossa throw boleh muat sangkar sebesar 105x140cm atau dipotong jadi 2 untuk guna pada sangkar sebesar 70x105cm.


Kitchen area (digalakkan)

Kitchen area adalah kawasan dihujung sangkar untuk menetapkan kawasan makan, minum, dan pembuangan. Dengan cara ini dapat menyenangkan sesi spot cleaning dengan membersihkan kitchen area yang penuh dengan sisa buangan guinea pig dan juga akan bersepah bersepah. Kita panggil kitchen area dalam fahaman jalan raya atau pelancongan adalah heavy traffic areas. Di kawasan ini akan letak rumput kering (hay), botol/mangkuk air, dan makanan kerana guinea pig suka membuang paling banyak pada waktu makan dan tidur di bawah hideout.


Rujuk pada gambar dibawah, kita menggunakan microfiber floor mat sebagai kitchen area dan bawah hideout untuk tambah keselesaan. Kita tidak galakkan meletakkan sayuran seperti tomato kerana pernah terjadi biji tomato selit belah benang microfiber mat tersebut, biji tersebut kering dan tumbuh ulat (maggot) kerana tekstur benang tebal itu dijadikan sebagai sarang. Oleh itu, taburlah sayur di kawasan fleece sahaja.


Tidak semua guinea pig akan ikut cara ini untuk letak segala sepah dan buangan mereka di kitchen area secara 100%. Sebagai owner, harus membuat trial and error kepada kesesuaian guinea pig anda.

Kitchen area (dibulatkan) = Heavy traffic (buangan &bersepah)

Tempat Persembunyian (hideout)

Secara ringkas dan biasa didengar adalah hidey house/hideout. Hideout wajib ada kerana guinea pig adalah haiwan mangsa, oleh itu tempat untuk mereka lari untuk keselamatan harus dipenuhi dan mencukupi. Hideout mesti mempunyai 2 atau lebih jalan keluar untuk mengelak pergaduhan antara satu sama lain di dalam hideout. Tambahan pula, hideout perlu mencukupi mengikut jumlah guinea pig: 1 guinea pig, 1 hideout.


Terdapat 2 pilihan: plastik dan kayu. Hideout plastik fokus pada barang boleh dijumpai di Eco Shop dibawah seksyen storage rack. Hideout kayu pula fokus pada barang boleh dijumpai di Pet Lovers Centre. Terdapat kebaikan dan keburukan antara dua jenis bahan ini.


Plastik

Kebaikan: Kemasukan 4 hala, sangat ringan dan boleh bawa bersama untuk musim bercuti.

Keburukan: Perlu tambah lapisan fleece di atas hideout untuk lebih privasi, sangat ringan oleh itu guinea pig boleh terbalikkan dengan senang.

Hideout plastik boleh beli di Eco Shop atau Shopee: Pilihan 1 dan Pilihan 2.

Plastik Pilihan 1
Plastik Pilihan 2

Kayu

Kebaikan: Kemasukan 2 hala, semula jadi, tertutup, boleh kunyah.

Keburukan: Berat, risiko berkulat akibat lantai basah daripada kencing.

Jika hendak guna hideout kayu, pastikan untuk meletak reusable pee pad buat daripada fleece dan microfiber mat/tuala untuk ditukar setiap hari.

Hideout kayu adalah investment. Jika berminat boleh beli di Pet Lover Centre atau Shopee.


Bekas Minum dan Makan

Guinea pig boleh minum di botol air dan mangkuk air. Ramai mengesyorkan untuk menggunakan botol air supaya air sentiasa bersih daripada guna mangkuk. Kita mencadangkan untuk meletakkan kedua-dua botol dan mangkuk supaya guinea pig boleh pilih dimana mereka hendak minum. Botol air harus ditukar sekali sehari dan mangkuk air harus ditukar 2-3 kali sehari atau sebanyak mungkin setelah kotor. Jumlah botol atau mangkuk air adalah sama dengan hideout: 1 gunea pig, 1 botol atau/dan mangkuk air.


Botol air kita cadangkan adalah Living World 450ml dan mangkuk air kita cadangkan adalah Living World Ergonomic Dish Large. Boleh dibeli di Pet Lovers Centre atau Shopee.


Bekas makan tidak semestinya ada kerana sayur dan pellet boleh ditabur sekeliling sangkar sebagai aktiviti harian guinea pig untuk mengelak kebosanan iaitu dipanggil enrichment.


Jika hendak ada mangkuk atau pinggan, kita mencadangkan ceramic bowl boleh dibeli di Daiso untuk pellet dan stainless steel plate boleh dibeli di Daiso/MR DIY untuk sayur.

Ceramic bowl, kebanyakkan di Daiso.
Stainless steel plate, kebanyakkan di Daiso dan MR DIY.

Mainan Kunyah (chew toys)

Kegunaan chew toys adalah sebagai enrichment dan mengelak kebosanan. Oleh itu, chew toys dapat menumpulkan gigi guinea pig supaya sentiasa pendek. Peringatan: Walaupun fungsi chew toy sama dengan rumput kering (hay), rumput kering mesti ada dan segar 24 jam 7 hari. Jadi, tiada bahan lain boleh ganti rumput kering.


Bunny N Stuff (Shopee)


PiuPiuPiu Trading (Shopee)


Barang Tambahan - Litter/Hay Box

Jika anda tidak berkenan dengan konsep letak rumput kering di atas lantai sangkar seperti di gambar pertama bawah seksyen kitchen area, boleh juga buat hay box (sila rujuk 2 gambar pertama di bawah). Sila rujuk artikel Amazing Animal Tricks untuk mempelajari bagaimana untuk litter train guinea pig. Sebagai peringatan, tidak semua guinea pig akan terlatih dalam litter training 100%.

Hay box guna aspen shaving sahaja.
Hay box guna pee pad sahaja.

Barang yang diperlukan untuk buat litter/hay box adalah:

  • Paper tray (dinding rendah) boleh didapati di Daiso/MR DIY




Sumber

How much space per pig? (2010, October 21). The Guinea Pig Forum. https://www.theguineapigforum.co.uk/threads/how-much-space-per-pig.56967/

‌The Humane Society of the United States. (2019). Guinea pig housing. The Humane Society of the United States. https://www.humanesociety.org/resources/guinea-pig-housing

30 views0 comments

Comments


bottom of page